Thursday, June 24, 2010

ALANGKAH Peliknya Kita...


Pelik ya, duit RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Pelik ya, 30 minit terasa teralu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

Pelik ya, betapa lamanya satu jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat, dah rasa jemu tapi tak pernah rasa puas dengar lagu kesukaan kita walupun dah ulang dua tiga berkali-kali.

Pelik ya, dengar iklan jualan murah dalam tv, rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah, tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

Pelik ya, pasar malam jauh sanggup naik kereta , tapi masjid dekat rumah rasa berat pula kaki.

Pelik ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

Pelik ya, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran, tapi betapa bosannya bila iman solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lambat dan panjang.

Pelik ya, rasa susah sungguh untuk habiskan al-Quran walau satu halaman, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Pelik ya, ramai orang berebut paling depan untuk menonton konsert atau bola, tapi berebut cari saf paling belakang bila Solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Pelik ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip.

Pelik ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di emel yang laying di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan oleh al-Quran.

Pelik ya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam emel, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.

Pelik tak kita….?
Tepuk dada..tanya hati dan iman…

Tuesday, May 4, 2010

APSAL KO KECOH SANGAT???? SUKE HATI AKU LA…

Pasti ramai di luar sana mendapat tohmohan sebegini rupa tatkala ketika memberi nasihat dan teguran kepada rakan mahupun sesiapa sahaja. Kadang2 juga, kita diri sendiri bersifat sedemikian. Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan hal ini berlaku.

Dalam kita cuba menasihati rakan kita melakukan perkara-perkara yang baik (amal makruf), tetapi ia tidak mahu medengarnya, maka usahlah kite terus menasihatinya buat sementara waktu. Sekiranya kita terus memberi “ceramah” , mungkin akan menimbulkan rasa benci, bosan dan marah. Dalam kata yang mudah JANGAN CARI PASAL!!!..

Namun, kita seelok2nya mencari jalan penyelesaian terbaik, sebagai contoh mencari orang yang lebih ia hormati dan takut, pasti kata2 nasihat dari mereka akan meruntum hatinya. Selain itu juga, mungkin kesilapan diri kita yang cakap xserupa bikin..alahai.. justeru, cuba memperbaiki diri kita adalah method utamanya..

KONKLUSI..

Memberi nasihat untuk membantu seseorang agar melaksanakan amal makruf dan nahi mungkar, merupakan kewajipan setiap orang. Ini dijelaskan sendiri oleh Allah SWT dalam firmanNya.

“Wajiblah ada dia antara kamu suatu umat (golongan) yang menyeru (manusia) kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat yang baik dan melarang berbuat yang jahat. Mereja itulah orang-orang yang berjaya (bahagia).” (Ali-Imran:104)

“Kamu sekalian adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk kepentingan manusia, kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan dan kamu beriman kepada Allah.” (Ali-Imran: 110)

Thursday, September 3, 2009

MACAM MANA KALAU QIAMAT JUMAAT NI???

Macam mana kalau Kiamat Jumaat ni??
Persediaan diri tak ada lagi..
Bekalan pun belum siap lagi..
Siap?..Rasa-rasanya MEMANG tak cukup..
Tak ada..
Amalan pun baru sekecil biji sawi..Ye ke?? Rasanya takda lansung..
Aduhai diriku..
Dapatkah mahligai di syurga nanti??
Dosa banyak, rasa hina sangat di bumi Allah ni..
Apalah taraf diriku di mata Allah nanti??
Malunya…
Dilantik menjadi khalifah di dunia..
Kerosakan dan maksiat amalanku setiap hari..
Apa nak jadi dengan aku ni??
Menyesal..tapi buat lagi..
Takut nanti menyesal dah tak berguna lagi..
Malam aku dah tak boleh tidur..
Takut sangat kalau maut datang menjemput..
Tatkala aku lena diulit dosa dan noda..
Aku takut..
Jika benar apa yang diceritakan orang..
Maut yang menjemputku nanti mungkin hodoh rupanya..
Gerun wajahnya serta kasar dan pedih suaranya..
Aku tak sanggup hadapi semua itu..
Aku takut dengan kemusnahan diriku..
Apalah nasib diriku di akhirat nanti??
Ya Allah,
Cekalkanlah diriku..
Dalam menetapkan agama Islamku..
Dalam menguatkan imanku..
Dalam menetapkan kesabaranku..
Dalam segala amal kebaikanku..
Dalam segala amal ibadahku..
Agar aku sentiasa rindu..
Pada Syurga abadiMu…!
Amin Ya Rabbal ‘Alamin..

Saturday, June 27, 2009

TERIMALAH SEADANYA...

Jika kamu memancing ikan..
Setelah ikan itu terlekat di mata kail..
Hendaklah kamu mengambil ikan itu..
Jangan sesekali kamu lepaskan ia semula..
Kerana ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup..

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang..
Setelah ia mula menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya..
Jangan sesekali kamu meninggalkan begitu saja..
Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi ia mengingatimu..

Jika kamu menadah air biarlah berpada..
Jangan terlalu mengharap pada takungannya..
Dan janganlah mengangap ia begitu teguh..
Cukuplah sekadar keperluanmu..
Apabila sekali ia retak..
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
Akhirnya ia dibuang..
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang..
Terimalah seadanya..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya..
Dan janganlah kamu mengangapnya begitu istimewa..
Anggaplah dia manusia biasa..
Apabila sesekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya kembali..
Akhirnya kamu kecewa dan meningggalkannya..
Sedangkan jika kamu memaafkannya..
Boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya..

Jika kamu memiliki sepinggan nasi..
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu..
Mengenyangkan..berkhasiat..
Mengapa kamu berlengah cuba mencari ikan3rasa..
Terlalu ingin mengerjar kelazatan..
Kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakanya..
Kamu akan menyesal..

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seseorang insan..
Yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu..
Menyayangimu..mengasihimu..
Mengapa kemu berlengah, cuba menbandingkannya dengan org lain..
Kelak kamu akan kehilangannya apabila ia menjadi milik org lain..
Kamu juga akan menyesal..

“Bersyukurlah dan Redha dengan apa yang dikurniakan olehNya…Alhamdulillah..”

Thursday, June 25, 2009

CIKGU..NOTA XSIAP LAGI LAAA


Detik ini (3/5/2009-25/6/2009), selama hampir 2bulan penulis telah berkhidmat sebagai Guru Sandaran di sebuah sekolah menengah di daerah Besut,Terengganu. Penulis yg menggantikan guru cuti bersalin mengambil tugas mengajar subject Science Form1,2 & 5, Sains Sukan Ting.5, dan Pendidikan Jasmani&Kesihatan Ting.2 & 4. Selain itu, penulis juga menganti guru tingkatan kelas 1Bestari dan guru Kadet Polis dan Kelab Sukan&Rekreasi.

PENDAHULUAN
Sekolah menengah ini dikategorikan sebagai sekolah harian luar bandar dengan kapasiti kira-kira 1000pelajar. Juga menawarkan pengajian Tingkatan 6 (PPU) aliran Ekonomi&Sastera, serta mempunyai kelas aliran agama (KKQ) dan bahasa arab untuk ting.1,2 & 3. Kurikulum menengah atas menawarkan Aliran Sains Tulen, Sains Sukan, Perakaunan&Ekonomi, Pertanian dan Seni Visual. Majoriti pelajarnya adalah berbangsa Melayu dan beberapa pelajar berbangsa Cina. Sekolah ini mempunyai asrama desa yang hanya mampu menampung sebilangan pelajar sahaja. Prestasi akademik sekolah ini boleh dikatakan memberansangkan jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah harian biasa lain di daerah Besut *(tidak termasuk 3 sekolah elit ; SMK (Premier)Tengku Mahmud, SMK(A) Nurul Ittifaq & SMK(A) Wataniah A’la). Sekolah ini juga telah melakar sejarah dimana seorang pelajar SPM telah memperoleh straight A’s, menjadikan sekolah ini berada di tangga ke-4 daerah besut.


SERONOK + GERAM + BOSAN + LUCU + SEDIH = PENGALAMAN BERHARGA

Disini penulis ingin berkongsi serba sedikit coretan pengalaman penulis ketika berkhidmat disana….

SERONOK…menjadi kata kunci pertama, betul2 seronok, bermula dari hari pertama hingga terakhir perasaan seronok adalah dominan segala2nya. Memberi ilmu kepada para pelajar pada hemat penulis merupakan perbuatan yang seronok lebih2 lagi apabila pelajar memahami ilmu2 yg dipelajari. Apa yang membanggakan penulis ialah peratusan lulus (min D) subjek Science form1 meningkat dari 14.29% kepada 68.57% walaupun tiada mendapat gred A pada Mid Year Examination. Selain itu, penulis juga sempat menyambut Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dan pastinya mendapat hadiah daripada para pelajar…*(sekuntum bunga, jam, gelas minuman, dan sapu tangan).. he2..terima kaseh!!!

GERAM…indikator kedua ini pula timbul tatkala mengajar pelajar2 kelas bawah. Faham2 jelah.. bukannye sekali sekala tetapi ia sentiasa berlarutan walaupun setelah ditegur, diberi warning dan sebagainya.. antara penyebab ‘kekegeraman’ ialah :
1) Lambat masuk makmal <---penantian suatu penyiksaan
2) Xsiap nota dan latihan --->denda berdiri luar makmal sambil siapkan keje tersebut
3) Nakal dan terlalu bising --->bagi warning hantar nama kt cg disiplin..he2
4) Pelajar cepat hilang focus --->kene ajar sikit2 je sylibus
5) Kelas f2 xde letrik <---panassss..hu2

BOSAN…perasaan ini menghantui bile time xde kerje nk dibuat, contoh utama ialah menunggu gap antara kelas yg panjang atau mmg lansung tiada kelas selepas waktu rehat. Jadi, penulis telah merangka beberapa alternative untuk mengurangkan Daya Kebosanan melalui :
1) Surf internet <--- naseb baik ade wireless kt sekolah
2) Berkunjung ke library ---> baca paper jah
3) Bawa buku/majalah dari rumah <---bacaan ringan sahaja
4) berSMS dgn rakan2
5) Atau berbuat tiada ape2 berlaku <---cara ni kurang berkesan!!

LUCU…hahaha, memang lucu dan mencuit hati tatkala melihat gelagat para pelajar yg bermasalah. Sebelum tu, sekolah ini juga femes dengan kenakalan dan kes2 pelajar spt merokok, ponteng, gocoh aka bergaduh dan sebagainya (sebenarnya sekolah lain pun begitu). Bukan masalah2 ini yang melucukan bagi penulis tetapi apabila kes ini hendak diselesaikan, iaitu gaya pelajar merayu2 kepada cikgu disiplin yang mencuit hati. Pelbagai karenah dan alasan pelajar dapat dilihat (sukar digambarkan melalui tulisan) supaya pelajar tersebut tidak digantung atau disuruh ibubapa datang ke sekolah dan seterusnnya dibuang sekolah..DUSH!!! Selain itu, terdapat juga beberapa cikgu yg happy good lucky yg senantiasa membuat bilik guru riuh rendah dgn hilai tawa. Hahaha

SEDIH…ini pula memang sedih, dalam era tamadun hadhari ini masih ade beberapa orang pelajar yang ‘buta huruf’. Mereka semua adalah dari sekolah rendah yang sama dan sememangnya tidak mampu membaca dan menulis. Pihak sekolah terpaksa membuka kelas peralihan untuk mereka dan hasilnya, terdapat peningkatan dimana mereka mampu untuk membaca perkataan “KVKV” dan “KKV” dan beberapa lagi masih merangkak2. Natijahnya, proses P&P berjalan agak perlahan bagi kelas2 tersebut. Cikgu matematik juga memberitahu penulis bahawa dia hanya menghabiskan masa untuk mengajar asas2 matematik (tambah tolak darab bahagi), bukannya silibus matematik sebenar seperti theorem pthygoras, trigonometri,coordinat dan sebagainya.. Perasaan sedikit sedih juga apabila hari terakhir disana. Penulis banyak menghabiskan masa bersantai2 dengan pelajar serta memberi sedikit kata2 semangat kepada mereka. Penulis juga mendapat hadiah sebatang pen dari pelajar. Ball pen harga RM2.90ßsiap bgtau harga lagi. Terima kasih Hafiz!!

PENUTUP
Apepun…telah selesai perkhidmatan penulis sebagai pendidik disana. Tuntasnya, pengalaman berharga ini akan penulis pahatkan dihati. Terima kasih penulis ucapkan kepada guru-guru sekolah berkenaan yang banyak menolong penulis, serta pelajar-pelajar kelas tingkatan 1Elit,1Bestari,2Dinamik,4Sains Sukan,5 Sains Sukan & 5 Seni Visual. Tak lupa juga kepada cikgu-cikgu yang belanja penulis makan di kantin. Dan juga diucapkan terima kasih kepada guru2 yang pernah mendidik penulis. Banyak dugaan dan cabaran bagi insan bergelar guru,sir,cikgu,ustaz,ustazah ini sebenarnya. Akhirrukalam….MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA..he2 boleh kaa??

p/s: nama sekolah ini terpaksa di ‘hiden’kan atas sebab2 tertentu..teima kasih!!!

Tuesday, June 23, 2009

HADIS PILIHAN

Daripada Abdullah bin Amr bin Ash r.a berkata: aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Bahawasanya Allah tidak mencabut ilmu itu dengan sekaligus dari dada manusia. Tetapi Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpim mereka. Maka apabila pemimpim yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain”.

HR MUSLIM

3B


Seorang pemuda datang berjumpa seorang ustaz untuk meminta nasihat..

PEMUDA : Ustaz..kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih..
USTAZ : Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?
PEMUDA : Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, pintar, penyanyang dan menyintai saya sepenuh hati..
USTAZ : Ohhh… kalau begitu kamu harus melaksanakan petua 3B. B yang pertama adalah ‘BERUSAHA’..apakah kamu sudah banyak berusaha??
PEMUDA : Sudah terlalu banyak Ustaz..sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis..
USTAZ : Kalau begitu kamu kena laksanakan petua B yang kedua, iaitu ‘BERDOA’ dan juga ‘BERPUASA’
PEMUDA : Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang..saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan khamis..
USTAZ : Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan petua B yang ketiga..
PEMUDA : Apa itu Ustaz??
USTAZ : BERCERMIN!!!

p/s: waaaa….nak kawen gak!! Tahniah diucapkan kepada teman2 seperjuangan yang telah mendirikan masjid masing2. Semoga berkekalan seinfiniti dunia..dan menjadi wadah jalan ke syurgaNya..