Thursday, June 24, 2010

ALANGKAH Peliknya Kita...


Pelik ya, duit RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Pelik ya, 30 minit terasa teralu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

Pelik ya, betapa lamanya satu jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat, dah rasa jemu tapi tak pernah rasa puas dengar lagu kesukaan kita walupun dah ulang dua tiga berkali-kali.

Pelik ya, dengar iklan jualan murah dalam tv, rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah, tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

Pelik ya, pasar malam jauh sanggup naik kereta , tapi masjid dekat rumah rasa berat pula kaki.

Pelik ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

Pelik ya, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran, tapi betapa bosannya bila iman solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lambat dan panjang.

Pelik ya, rasa susah sungguh untuk habiskan al-Quran walau satu halaman, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Pelik ya, ramai orang berebut paling depan untuk menonton konsert atau bola, tapi berebut cari saf paling belakang bila Solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Pelik ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip.

Pelik ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di emel yang laying di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan oleh al-Quran.

Pelik ya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam emel, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.

Pelik tak kita….?
Tepuk dada..tanya hati dan iman…

Tuesday, May 4, 2010

APSAL KO KECOH SANGAT???? SUKE HATI AKU LA…

Pasti ramai di luar sana mendapat tohmohan sebegini rupa tatkala ketika memberi nasihat dan teguran kepada rakan mahupun sesiapa sahaja. Kadang2 juga, kita diri sendiri bersifat sedemikian. Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan hal ini berlaku.

Dalam kita cuba menasihati rakan kita melakukan perkara-perkara yang baik (amal makruf), tetapi ia tidak mahu medengarnya, maka usahlah kite terus menasihatinya buat sementara waktu. Sekiranya kita terus memberi “ceramah” , mungkin akan menimbulkan rasa benci, bosan dan marah. Dalam kata yang mudah JANGAN CARI PASAL!!!..

Namun, kita seelok2nya mencari jalan penyelesaian terbaik, sebagai contoh mencari orang yang lebih ia hormati dan takut, pasti kata2 nasihat dari mereka akan meruntum hatinya. Selain itu juga, mungkin kesilapan diri kita yang cakap xserupa bikin..alahai.. justeru, cuba memperbaiki diri kita adalah method utamanya..

KONKLUSI..

Memberi nasihat untuk membantu seseorang agar melaksanakan amal makruf dan nahi mungkar, merupakan kewajipan setiap orang. Ini dijelaskan sendiri oleh Allah SWT dalam firmanNya.

“Wajiblah ada dia antara kamu suatu umat (golongan) yang menyeru (manusia) kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat yang baik dan melarang berbuat yang jahat. Mereja itulah orang-orang yang berjaya (bahagia).” (Ali-Imran:104)

“Kamu sekalian adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk kepentingan manusia, kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan dan kamu beriman kepada Allah.” (Ali-Imran: 110)