Thursday, June 25, 2009

CIKGU..NOTA XSIAP LAGI LAAA


Detik ini (3/5/2009-25/6/2009), selama hampir 2bulan penulis telah berkhidmat sebagai Guru Sandaran di sebuah sekolah menengah di daerah Besut,Terengganu. Penulis yg menggantikan guru cuti bersalin mengambil tugas mengajar subject Science Form1,2 & 5, Sains Sukan Ting.5, dan Pendidikan Jasmani&Kesihatan Ting.2 & 4. Selain itu, penulis juga menganti guru tingkatan kelas 1Bestari dan guru Kadet Polis dan Kelab Sukan&Rekreasi.

PENDAHULUAN
Sekolah menengah ini dikategorikan sebagai sekolah harian luar bandar dengan kapasiti kira-kira 1000pelajar. Juga menawarkan pengajian Tingkatan 6 (PPU) aliran Ekonomi&Sastera, serta mempunyai kelas aliran agama (KKQ) dan bahasa arab untuk ting.1,2 & 3. Kurikulum menengah atas menawarkan Aliran Sains Tulen, Sains Sukan, Perakaunan&Ekonomi, Pertanian dan Seni Visual. Majoriti pelajarnya adalah berbangsa Melayu dan beberapa pelajar berbangsa Cina. Sekolah ini mempunyai asrama desa yang hanya mampu menampung sebilangan pelajar sahaja. Prestasi akademik sekolah ini boleh dikatakan memberansangkan jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah harian biasa lain di daerah Besut *(tidak termasuk 3 sekolah elit ; SMK (Premier)Tengku Mahmud, SMK(A) Nurul Ittifaq & SMK(A) Wataniah A’la). Sekolah ini juga telah melakar sejarah dimana seorang pelajar SPM telah memperoleh straight A’s, menjadikan sekolah ini berada di tangga ke-4 daerah besut.


SERONOK + GERAM + BOSAN + LUCU + SEDIH = PENGALAMAN BERHARGA

Disini penulis ingin berkongsi serba sedikit coretan pengalaman penulis ketika berkhidmat disana….

SERONOK…menjadi kata kunci pertama, betul2 seronok, bermula dari hari pertama hingga terakhir perasaan seronok adalah dominan segala2nya. Memberi ilmu kepada para pelajar pada hemat penulis merupakan perbuatan yang seronok lebih2 lagi apabila pelajar memahami ilmu2 yg dipelajari. Apa yang membanggakan penulis ialah peratusan lulus (min D) subjek Science form1 meningkat dari 14.29% kepada 68.57% walaupun tiada mendapat gred A pada Mid Year Examination. Selain itu, penulis juga sempat menyambut Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dan pastinya mendapat hadiah daripada para pelajar…*(sekuntum bunga, jam, gelas minuman, dan sapu tangan).. he2..terima kaseh!!!

GERAM…indikator kedua ini pula timbul tatkala mengajar pelajar2 kelas bawah. Faham2 jelah.. bukannye sekali sekala tetapi ia sentiasa berlarutan walaupun setelah ditegur, diberi warning dan sebagainya.. antara penyebab ‘kekegeraman’ ialah :
1) Lambat masuk makmal <---penantian suatu penyiksaan
2) Xsiap nota dan latihan --->denda berdiri luar makmal sambil siapkan keje tersebut
3) Nakal dan terlalu bising --->bagi warning hantar nama kt cg disiplin..he2
4) Pelajar cepat hilang focus --->kene ajar sikit2 je sylibus
5) Kelas f2 xde letrik <---panassss..hu2

BOSAN…perasaan ini menghantui bile time xde kerje nk dibuat, contoh utama ialah menunggu gap antara kelas yg panjang atau mmg lansung tiada kelas selepas waktu rehat. Jadi, penulis telah merangka beberapa alternative untuk mengurangkan Daya Kebosanan melalui :
1) Surf internet <--- naseb baik ade wireless kt sekolah
2) Berkunjung ke library ---> baca paper jah
3) Bawa buku/majalah dari rumah <---bacaan ringan sahaja
4) berSMS dgn rakan2
5) Atau berbuat tiada ape2 berlaku <---cara ni kurang berkesan!!

LUCU…hahaha, memang lucu dan mencuit hati tatkala melihat gelagat para pelajar yg bermasalah. Sebelum tu, sekolah ini juga femes dengan kenakalan dan kes2 pelajar spt merokok, ponteng, gocoh aka bergaduh dan sebagainya (sebenarnya sekolah lain pun begitu). Bukan masalah2 ini yang melucukan bagi penulis tetapi apabila kes ini hendak diselesaikan, iaitu gaya pelajar merayu2 kepada cikgu disiplin yang mencuit hati. Pelbagai karenah dan alasan pelajar dapat dilihat (sukar digambarkan melalui tulisan) supaya pelajar tersebut tidak digantung atau disuruh ibubapa datang ke sekolah dan seterusnnya dibuang sekolah..DUSH!!! Selain itu, terdapat juga beberapa cikgu yg happy good lucky yg senantiasa membuat bilik guru riuh rendah dgn hilai tawa. Hahaha

SEDIH…ini pula memang sedih, dalam era tamadun hadhari ini masih ade beberapa orang pelajar yang ‘buta huruf’. Mereka semua adalah dari sekolah rendah yang sama dan sememangnya tidak mampu membaca dan menulis. Pihak sekolah terpaksa membuka kelas peralihan untuk mereka dan hasilnya, terdapat peningkatan dimana mereka mampu untuk membaca perkataan “KVKV” dan “KKV” dan beberapa lagi masih merangkak2. Natijahnya, proses P&P berjalan agak perlahan bagi kelas2 tersebut. Cikgu matematik juga memberitahu penulis bahawa dia hanya menghabiskan masa untuk mengajar asas2 matematik (tambah tolak darab bahagi), bukannya silibus matematik sebenar seperti theorem pthygoras, trigonometri,coordinat dan sebagainya.. Perasaan sedikit sedih juga apabila hari terakhir disana. Penulis banyak menghabiskan masa bersantai2 dengan pelajar serta memberi sedikit kata2 semangat kepada mereka. Penulis juga mendapat hadiah sebatang pen dari pelajar. Ball pen harga RM2.90ßsiap bgtau harga lagi. Terima kasih Hafiz!!

PENUTUP
Apepun…telah selesai perkhidmatan penulis sebagai pendidik disana. Tuntasnya, pengalaman berharga ini akan penulis pahatkan dihati. Terima kasih penulis ucapkan kepada guru-guru sekolah berkenaan yang banyak menolong penulis, serta pelajar-pelajar kelas tingkatan 1Elit,1Bestari,2Dinamik,4Sains Sukan,5 Sains Sukan & 5 Seni Visual. Tak lupa juga kepada cikgu-cikgu yang belanja penulis makan di kantin. Dan juga diucapkan terima kasih kepada guru2 yang pernah mendidik penulis. Banyak dugaan dan cabaran bagi insan bergelar guru,sir,cikgu,ustaz,ustazah ini sebenarnya. Akhirrukalam….MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA..he2 boleh kaa??

p/s: nama sekolah ini terpaksa di ‘hiden’kan atas sebab2 tertentu..teima kasih!!!

No comments: