Saturday, December 6, 2008

KLINIK OPTOMETRI UIAM




Klinik Optometri UIAM telah mula beroperasi sejak 2006 dibawah Jabatan Optometri & Sains Visual, UIAM. Terletak di tingkat 5 bangunan Kulliyyah Perubatan, Kampus Kuantan. Dengan Kelengkapan yang terkini dan moden, Klinik Optometri UIAM terkehadapan dalam menyediakan perkhidmatan yang professional.

PERKHIDMATAN

1. Klinik Optometri Primer
Pemeriksaan mata secara komprehensif meliputi kuasa refraksi mata, kesihatan mata dan tahap binokulariti mata. Mungkin tanpa disedari, anda menghidapi glaukoma, katarak atau diabetik retinopati.

2. Klinik Optometri Paediatrik
Pemeriksaan kesihatan mata anak anda meliputi masalah kejulingan, keseimbangan binocular dan tahap refraksi.

3. Klinik Kanta Sentuh
Bukan sekadar meliputi kanta sentuh yang biasa didapati di kedai-kedai optikal. Di samping menyediakan perkhidmatan pemeriksaan sebelum pemakaian, semasa pemasangan dan selepas pemakaian kanta sentuh, turut terdapat perkhidmatan pemeriksaaan dan pemasangan kanta sentuh khas (keratoconus, prostetik).

4. Klinik Penglihatan Warna
Ingin tahu status penglihatan warna anda? Sekiranya anda menghidapi rabun warna, dalam kategori manakah ia tergolong? Anda bolehlah mendapatkan kepastiannya di sini dengan menjalani pemeriksaan di Klinik Penglihatan Warna kami.

5. Klinik Penglihatan Terhad
Membantu pesakit yang tidak mampu melakukan tugas seharian akibat masalah penglihatan. Pemeriksaan yang dilakukan melibatkan tahap penglihatan pesakit menggunakan penglihatannya serta menilai kesesuaian penggunaan alat-alat bantuan penglihatan bagi membantu pesakit. Masalah penglihatan ini tidak dapat dipulihkan sepenuhnya melalui kaedah perubatan, pembedahan, terapi, kacamata atau kanta sentuh.

Orang ramai dijemput mengunjungi Klinik Optometri UIAM untuk pemeriksaan mata disamping menyumbang masa dalam usaha melahirkan pakar optometris yang mahir dan berkaliber di masa hadapan.

Untuk temujanji sila hubungi melalui:
Tel: 09-5716400 ext: 2627/2631
Fax: 09-5716776


KLINIK OPTOMETRI,
Jabatan Optometri Dan Sains Visual,
Kuliah Sains Kesihatan Bersekutu,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
Jalan Istana, Bandar Indera Makhota,
25200 Kuantan, Pahang.




p/s: sekadar renungan, kenape biarkan mata anda diperiksa oleh org yg xbertauliah? For the safe wise, apbila memasuki mane2 pusat optical, pastikan sekurang2nya tertulis perkataan “optometri”..:-)

No comments: